Best x blog nih???

Friday 6 April 2012

PETUA ORANG - ORANG TUA ZAMAN DULU.....

(sekadar gambar hiasan)

Assalamualaikum. Jap-jap. Sebelum lu orang marah guwa, guwa nak mintak sory banyak-banyak sebab dah berkurun x update blog. tah kenape tibe-tibe pagi nih dapat hidayah pulak untuk update blog. So guwa na kongsi serba sedikit tentang petua orang-orang tua zaman dulu. kadang-kadang, petua orang zaman dulu nih bole gune kt zaman skang nih. so na taw jadik ker x, korng kene la try sndri....



PETUA ZAMAN DAHULU KALA

1.Petua Cepat DiPinang ► Banyakkan Meminum Air Pinang..


2.Menegangkan Kulit Muka ► Stepler Tempat Yg Kendur Tu..

3.Mengurangkan Dengkur ► Kurangkan Tidur..

4.Menghilangkan Bau Badan ► Berendam Dalam Minyak Wangi

5.Melembutkan Rambut ► Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...

6.Menghaluskan Kulit Muka ► Gosok Dgn Kertas Pasir..

7.Melebatkan Rambut ► Cari Baja Rambut...

8.Menghilangkan Bau Mulut ► Minum Minyak Wangi..

9.Mengatasi Tumit Pecah ► Jalan Berjengket- Jengket...

10.Mengempiskan Perut ► Jgn Makan & Jgn Minum...

11.Mengekalkan Kecantikan ► Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

12.Menyegarkan Mata ► Tuang Eye Mo...

13.Mengelak Rambut Gugur ► Lumur Dengan Gam Gajah...

14.Menurunkan Berat Badan ► Turun Ikut tangga kecemasan..

15.Menaikkan Seri Muka ► Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga 
♥ selamat mencuba,hehehehe ♥

P/S: guwa x bertnggungjawab dalam segala mslah yang berlaku time korng cube petua nih~
:)

Sunday 9 October 2011

Kehilangan Yang Tak Disangka-sangka

 Al-Fatihah kepada arwah Mohd Syamil Bin Malek. Semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Tanggal 6 Oktober 2011, aku dalam perpustakaan. Tiba-tiba anset dalam poket aku vibrate. Member aku Ayark bagi msj.

"Weyh Syamil da x der doe. Die meninggal pagi tadi. Eksiden kereta"

Innalillahi wainnailai hirajiun. SubhanAllah. Sumpah aku terkejut. Aku telah kehilangan seorang sahabat sejak dari darjah satu. Kawan yang sangat aku sayang. Aku dengan dia membesar sama-sama, satu sekolah, satu kelas dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Aku memang terkilan sangat pemergian dia. Dia pergi kerana sebab kecuaian orang lain. Bodoh punya lori. Sebab kau la aku kehilangan seorang sahabat baik. Dah tau kau tu besar, bukak la lampu time nak U-turn tuh. 

Tengok dari berita online, dorang kata, arwah dalam perjalanan balik dari Pantai Cahaya Bulan (PCB). Si Syamil nih la yang drive. Dia x dapat elak lori bangang yang buat U-turn x bukak lampu tu. Dalam kereta tuh ader 5 orang. Syamil ngn sorang lagi dak kluang meninggal kat tempat kejadian. 2 orang lagi cedera parah, meninggal kat hospital. sorang lagi dak BP, kawan aku jugak, selamat, cedera ringan je.

Arwah Syamil memang seorang yang baik. Dia sentiasa kelihatan ceria kat kelas. Selama aku kawan dengan dia, aku belum pernah tengok dia marah-marah kawan-kawan dia. Even aku dengan dia dah jarang kontek bila kitorang habis form 5, tapi aku tak terasa sangat sebab aku tau dia still ada kat dunia nih lagi. Tapi bila sekarang, aku macam terdengar-dengar pulak suara Syamil nih. Aku ingat lagi last time aku jumpa arwah bila bulan 5.

Malam hari kejadian tuh, bila aku dapat tau arwah da pergi selama-lamanya dari dunia nih, aku bukak satu-satu gambar arwah. Sumpah air mata aku minitik bile tengok gambar-gambar arwah. Aku sedar tak mungkin aku akan dapat jumpa dengan arwah lagi kecuali bila diakhirat nanti. Aku terpandang status FB adik arwah yang tertulis, " baru tahu kenapa die suke ambek gamba , sebagai bahan rindu bila die pergi ". Aku rasa sedih giler.

Aku doakan roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin....

 Ni gambar terakhir aku dengan arwah...

Mohd Syamil Bin Malek....
1992-2011

p/s: Aku still lagi teringatkan arwah... Ni link-link berita online yang ada cerita pasal arwah...

Wednesday 28 September 2011

Hajatku tak tercapai


Masa lepas habis kelas agama, aku dengan kelasmet-kelasmet aku pegi la kantin nak makan. Orang ramai tak ramai jek. Perut dah lapar macam lembu baru lepas mati pucuk dah ni. Walaupon kelas satu jam je, tapi rasa macam dah 2 kali baligh dah dia punya lama. Dah la kemain sejuk lagi dalam bilik tayang tuh. Orang lelaki nih bukan boleh sejuk-sejuk nih. Kang susah nak turun pulak.

Sampai jek kat kantin, nafsu kuda padi aku dah membuak-buak tengok ayam goreng... Besar-besar, panas-panas, montok-montok... Aku punya pesen bila sampai kat kantin, aku akan round dulu survey lauk apa yang ada, baru ambik pinggan isi nasi. Tapi hari ni aku memang dah target ayam goreng yang satu tu. Aku kalau bab-bab ayam goreng ni memang suka bahagian dada, lembut, puas, pejal. Aku cakap pasal dada ayam tau. Bukan dada Adibah Noor atau dada sape-sape pon.

Lepas jek dah sudah ambik nasi, aku pon straight to the ayam goreng yang tengah menunggu aku tu. Belum sempat sampai kat tempat ayam goreng tuh, aku nampak ada sorang awek cun ni da sebat aku punya ayam goreng bahagian dada tu. Aku terkaku sekejap. Aku pandang tak puas hati jek kat awek tu. Tak cukupkah dada yang dia ada sampai nak amik bahagian dada ayam aku?? Dalam otak aku dah terpikir nak buat-buat terlanggar awek tuh. biar ayam tadi jatuh. Sama-sama x dapat nanti. Tapi nasib baiklah akal fikiran aku masih waras lagi dari melakukan kejahatan yang hakiki ni. Aku pon dengan berat hati merelakan ayam tersebut bahagia bersama awek tersebut...

Babai ayam....

Wednesday 21 September 2011

kalau la aku terer maen gitar

Peristiwa ni berlaku minggu lepas. Minggu lepas kan ade cuti hari Malaysia kan? So jumaat tuh cuti la. Kelas guwa habis khamis petang, so on the spot guwa packing-packing dan on the way terus pergi Larkin. Bekalan dalam beg, macam biase la baju busuk stok seminggu berkepok-kepok dalam beg.

Nak dijadikan cerita, bila turun dari bas tu, aku decide nak jalan-jalan sekejap sementara tunggu member aku sampai larkin jugak. Tengah jalan-jalan sorang-sorang layan perasaan, aku ternampak ada la 2-3 orang brader ni dok main gitar tepi jalan
(bukan gambar sebenar. Aku luper nak snap gambar)
Ya ampuuunnnn. Sumpah cool giler.

Aku memang minat gila dengan alat music ni. Tapi tak reti main. Setakat rekoder, kastenet dengan kerincing tiga segi tu aku reti la. Tu pon sebab benda tu termasuk dalam sillibus pendidikan sekolah rendah aku. Sekarang tak tau ada lagi ke tak.

Tapi betul sey. Sumpah cool gila. Muka masing-masing tak hensem mane pon. Biase-biase jek. Tapi diorang dressing selambe jek. Pakai t-shirt ironmaiden lusuh, seluar jeans koyak lutut, pastu datang-datang jek port kat tepi lorong bukak gitar case dan main lagu "Kau Ilhamku" dari Manbai. Perghhh. Cool giler. Kalau ada orang lalu lalang yang baik hati, dapat la singgit dua orang campak dalam gitar case tadi.

Sebenarnya dari dulu lagi guwa dah pasang nawaitu nak belajar main gitar. Cuma masa dan peralatan jek yang x de. Sejak dari hari tuh, makin bertambah kuat la nawaitu guwa nak belajar main gitar. Aku terus start pasang niat sebelum membina masjid (kahwin), aku mesti dah pandai main gitar. Skang nih trend kenduri kawin mesti ada DJ pasang karaoke lagu lama-lama. Time aku nanti aku x nak semua tu. Itu semua pesen lame. Hahahaha...

Aku x nak tiru orang. Aku ada cara aku sendiri.

Nanti masa kenduri kawen aku, lepas bersanding kan biasenya pengantin akan pergi makan biadap beradab. Lepas makan beradab tuh, pengantin biasenye akan pergi balek ke pelamin untuk sesi bergambar bersame fotogeraper. Time ni la aku akan rembat gitar same mic. Aku akan dedicate kan satu lagu untuk bakal isteri aku nanti.

Pastu at the same time, akan ada satu projektor yang akan mainkan slide show dan gambar-gambar setat dari aku mula berkenalan dengan bakal isteri aku sehinggalah kitorang sampai ke jinjang pelamin.

Bila aku abes nyanyi jek, para penonton yang terdiri dari makcik dan pakcik akan berdiri sambil tepuk tangan. Time tuh aku akan sarungkan cincin dan cium dahi bakal isteri aku.

MySpace Hohohoho....

Orang kata perkahwinan ni sekali seumur hidop. So x salah kan kalau aku nak buat something yang aku akan ingat sampai bila-bila?

Ceh, berangan x nak kalah...

Ok, kembali kepada tajuk asal kenapa aku nak sangat belajar main gitar.

Kalau korang nak tau, gitar ni boleh jadi sebagai satu medium untuk memikat hati awek-awek dan perempuan tau!!

Kalau la aku reti main gitar, aku akan bawak gitar tu kat tepi pantai petang-petang, duduk kat atas batu besar , pastu main gitar. Cool jek rasa. Terasa diri ni hensem sekejap. Lagi satu, kalau aku oandai main gitar, aku x nak la bukak band macam Spider ke, Ungu ke, Siti Nurhaliza ke. Nanti awek-awek sume pakat-pakat pandang vocalist jek. Tak adil sungguh. Rase terpinggir pulak dari pandangan para awek.

Jadi aku ingat aku nak bergerak secara solo macam Yuna, Zee Avi ke. Baru la itu awek pandang sama guwa.

(Yuna bukan Yun Nam)

Gitar ni bukan macam alat muzik lain. Gitar nih senang nak bawak kehulu kehilir. tak macam drum. Gile ke hape na pikul drum kehulu kehilir kt atas tengkuk. Tak sayang tengkuk, try la buat.

Kadang-kadang rasa jelez bila tengok brader rambut panjang, pikul beg gitar karen ibanez kat dalam LRT. Kelihatan sungguh cool dan maskulin.

Ok, aku nekad pasni aku nak belajar main gitar dengan lebih serius mase cuti semester nanti.

p/s: sape ade lobang-lobang jual gitar mura roger2 aku

Monday 19 September 2011

Budak-budak lomo diperlekehkan??? Fakk offff

Perasan tak, skrg ni dah mcm 1 dunia main kamera, especially DSLR.

Pergi shopping complex mana-mana, Mekdi ke Kepsi ke, akan sentiasa ada group yg menggantung kamera besar bagak tu kat leher atau bahu. Paling tak pun biar dlm beg.

Selain tu, tak kurang jugak group lain - LOMOgrapher.

Mereka ni guna kamera filem LOMO instead of DSLR bila outing, serta SLR, Rangefinder, kamera diorg mmg filem lah, bukan digital.

Kamera LOMO ni purpose dia memang simple, iaitu "Don't think, just shoot".

Maknenyer takde setting manual aperture segala bagai semua tuh. Just simply point & shoot camera. X yah pikir ape dah.

LOMO
ni mmg utk kita enjoy and have fun dlm mengambil gambar tanpa susah-susah fikir psl composition, exposure etc etc. Mmg la ada la certain model yg boleh di-tune setting nya, tapi artikel ni ckp psl kamera LOMO secara general.

So apa kes sebenarnya nih?

LOMO - Auto Point & Shoot camera
DSLR - Manual setting utk ambil gambar

So terdapat golongan DSLR yg bajet bagus ni, diorg cakap:

"LOMO just point n shoot, senang sgt nak ambil gambar, tak challenging mcm guna DSLR. Tgk cam aku guner DSLR, bru la challenging"

Fakk off. Eh mangkuk, sukati dia lah nak pakai kamera apa, duit dia. Kau tu siapa nak kondem org? Kau igt kaw tuh bagus sangat ker??

And just because kau guna DSLR yg memerlukan manual setting yg kononnya lebih mencabar utk ambil gambar, kau rasa diri kau hebat? Sorry la derrr.

Photographer ialah golongan yg mengambil gambar.
Takde sapa menetapkan orang tu guna DSLR baru boleh digelar photographer.

So as long as kita ada kamera, x kesah la handphone, compact, film, SLR/DSLR dan kita enjoy ambil gambar, cukuplah. Buat apa nak membeza-bezakan darjat kalau dah punya hobi yg sama?

Aku nak bg sampel 1 situasi - LOMO vs DSLR.

Katekanlah depan mata tgh ada 1 moment best.

LOMO is a point n shoot camera, so just point dan shootlah gambar.

Budak DSLR lak yg konon hebat sgt dgn manual setting tu, duk buang masa usik setting shutter speed, aperture, ISO utk metering, tau-tau moment dah berlalu. Padan muke korang.

Sapa hebat skrg? Of coz la yg dpt gambar, iaitu budak LOMO.

So takyah la nak kerek-kerek. Yg penting ialah hasilnye, iaitu gambar.
Bangga sgt ada manual setting tapi tak dpt ambil gambar, baik takyah.

So kita ni punya minat yg sama - photography - seni mengambil gambar.
ta payah la nak berpuak-puak sgt, sampai budak-budak digital bergaduh dgn budak-budak filem. Ape celoppp (terpengaruh ngn filem Hantu Bonceng)

Just keluar outing ramai-ramai, enjoy, snap je gambar pemandangan, amoi, awek etc etc, and have fun!

Majulah photography utk negara!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...