Al-Fatihah kepada arwah Mohd Syamil Bin Malek. Semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
Tanggal 6 Oktober 2011, aku dalam perpustakaan. Tiba-tiba anset dalam poket aku vibrate. Member aku Ayark bagi msj.
"Weyh Syamil da x der doe. Die meninggal pagi tadi. Eksiden kereta"
Innalillahi wainnailai hirajiun. SubhanAllah. Sumpah aku terkejut. Aku telah kehilangan seorang sahabat sejak dari darjah satu. Kawan yang sangat aku sayang. Aku dengan dia membesar sama-sama, satu sekolah, satu kelas dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Aku memang terkilan sangat pemergian dia. Dia pergi kerana sebab kecuaian orang lain. Bodoh punya lori. Sebab kau la aku kehilangan seorang sahabat baik. Dah tau kau tu besar, bukak la lampu time nak U-turn tuh.
Tengok dari berita online, dorang kata, arwah dalam perjalanan balik dari Pantai Cahaya Bulan (PCB). Si Syamil nih la yang drive. Dia x dapat elak lori bangang yang buat U-turn x bukak lampu tu. Dalam kereta tuh ader 5 orang. Syamil ngn sorang lagi dak kluang meninggal kat tempat kejadian. 2 orang lagi cedera parah, meninggal kat hospital. sorang lagi dak BP, kawan aku jugak, selamat, cedera ringan je.
Arwah Syamil memang seorang yang baik. Dia sentiasa kelihatan ceria kat kelas. Selama aku kawan dengan dia, aku belum pernah tengok dia marah-marah kawan-kawan dia. Even aku dengan dia dah jarang kontek bila kitorang habis form 5, tapi aku tak terasa sangat sebab aku tau dia still ada kat dunia nih lagi. Tapi bila sekarang, aku macam terdengar-dengar pulak suara Syamil nih. Aku ingat lagi last time aku jumpa arwah bila bulan 5.
Malam hari kejadian tuh, bila aku dapat tau arwah da pergi selama-lamanya dari dunia nih, aku bukak satu-satu gambar arwah. Sumpah air mata aku minitik bile tengok gambar-gambar arwah. Aku sedar tak mungkin aku akan dapat jumpa dengan arwah lagi kecuali bila diakhirat nanti. Aku terpandang status FB adik arwah yang tertulis, " baru tahu kenapa die suke ambek gamba , sebagai bahan rindu bila die pergi ". Aku rasa sedih giler.
Aku doakan roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin....
Ni gambar terakhir aku dengan arwah...
Mohd Syamil Bin Malek....
1992-2011
p/s: Aku still lagi teringatkan arwah... Ni link-link berita online yang ada cerita pasal arwah...
2 comments:
dah tiba masa untuk dia pergi..cuma mungkin dengan cara yang tidak disangka
azwa: erm.. rasa terkilan sangat...
Post a Comment