Best x blog nih???

Sunday 9 October 2011

Kehilangan Yang Tak Disangka-sangka

 Al-Fatihah kepada arwah Mohd Syamil Bin Malek. Semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Tanggal 6 Oktober 2011, aku dalam perpustakaan. Tiba-tiba anset dalam poket aku vibrate. Member aku Ayark bagi msj.

"Weyh Syamil da x der doe. Die meninggal pagi tadi. Eksiden kereta"

Innalillahi wainnailai hirajiun. SubhanAllah. Sumpah aku terkejut. Aku telah kehilangan seorang sahabat sejak dari darjah satu. Kawan yang sangat aku sayang. Aku dengan dia membesar sama-sama, satu sekolah, satu kelas dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Aku memang terkilan sangat pemergian dia. Dia pergi kerana sebab kecuaian orang lain. Bodoh punya lori. Sebab kau la aku kehilangan seorang sahabat baik. Dah tau kau tu besar, bukak la lampu time nak U-turn tuh. 

Tengok dari berita online, dorang kata, arwah dalam perjalanan balik dari Pantai Cahaya Bulan (PCB). Si Syamil nih la yang drive. Dia x dapat elak lori bangang yang buat U-turn x bukak lampu tu. Dalam kereta tuh ader 5 orang. Syamil ngn sorang lagi dak kluang meninggal kat tempat kejadian. 2 orang lagi cedera parah, meninggal kat hospital. sorang lagi dak BP, kawan aku jugak, selamat, cedera ringan je.

Arwah Syamil memang seorang yang baik. Dia sentiasa kelihatan ceria kat kelas. Selama aku kawan dengan dia, aku belum pernah tengok dia marah-marah kawan-kawan dia. Even aku dengan dia dah jarang kontek bila kitorang habis form 5, tapi aku tak terasa sangat sebab aku tau dia still ada kat dunia nih lagi. Tapi bila sekarang, aku macam terdengar-dengar pulak suara Syamil nih. Aku ingat lagi last time aku jumpa arwah bila bulan 5.

Malam hari kejadian tuh, bila aku dapat tau arwah da pergi selama-lamanya dari dunia nih, aku bukak satu-satu gambar arwah. Sumpah air mata aku minitik bile tengok gambar-gambar arwah. Aku sedar tak mungkin aku akan dapat jumpa dengan arwah lagi kecuali bila diakhirat nanti. Aku terpandang status FB adik arwah yang tertulis, " baru tahu kenapa die suke ambek gamba , sebagai bahan rindu bila die pergi ". Aku rasa sedih giler.

Aku doakan roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin....

 Ni gambar terakhir aku dengan arwah...

Mohd Syamil Bin Malek....
1992-2011

p/s: Aku still lagi teringatkan arwah... Ni link-link berita online yang ada cerita pasal arwah...

Wednesday 28 September 2011

Hajatku tak tercapai


Masa lepas habis kelas agama, aku dengan kelasmet-kelasmet aku pegi la kantin nak makan. Orang ramai tak ramai jek. Perut dah lapar macam lembu baru lepas mati pucuk dah ni. Walaupon kelas satu jam je, tapi rasa macam dah 2 kali baligh dah dia punya lama. Dah la kemain sejuk lagi dalam bilik tayang tuh. Orang lelaki nih bukan boleh sejuk-sejuk nih. Kang susah nak turun pulak.

Sampai jek kat kantin, nafsu kuda padi aku dah membuak-buak tengok ayam goreng... Besar-besar, panas-panas, montok-montok... Aku punya pesen bila sampai kat kantin, aku akan round dulu survey lauk apa yang ada, baru ambik pinggan isi nasi. Tapi hari ni aku memang dah target ayam goreng yang satu tu. Aku kalau bab-bab ayam goreng ni memang suka bahagian dada, lembut, puas, pejal. Aku cakap pasal dada ayam tau. Bukan dada Adibah Noor atau dada sape-sape pon.

Lepas jek dah sudah ambik nasi, aku pon straight to the ayam goreng yang tengah menunggu aku tu. Belum sempat sampai kat tempat ayam goreng tuh, aku nampak ada sorang awek cun ni da sebat aku punya ayam goreng bahagian dada tu. Aku terkaku sekejap. Aku pandang tak puas hati jek kat awek tu. Tak cukupkah dada yang dia ada sampai nak amik bahagian dada ayam aku?? Dalam otak aku dah terpikir nak buat-buat terlanggar awek tuh. biar ayam tadi jatuh. Sama-sama x dapat nanti. Tapi nasib baiklah akal fikiran aku masih waras lagi dari melakukan kejahatan yang hakiki ni. Aku pon dengan berat hati merelakan ayam tersebut bahagia bersama awek tersebut...

Babai ayam....

Wednesday 21 September 2011

kalau la aku terer maen gitar

Peristiwa ni berlaku minggu lepas. Minggu lepas kan ade cuti hari Malaysia kan? So jumaat tuh cuti la. Kelas guwa habis khamis petang, so on the spot guwa packing-packing dan on the way terus pergi Larkin. Bekalan dalam beg, macam biase la baju busuk stok seminggu berkepok-kepok dalam beg.

Nak dijadikan cerita, bila turun dari bas tu, aku decide nak jalan-jalan sekejap sementara tunggu member aku sampai larkin jugak. Tengah jalan-jalan sorang-sorang layan perasaan, aku ternampak ada la 2-3 orang brader ni dok main gitar tepi jalan
(bukan gambar sebenar. Aku luper nak snap gambar)
Ya ampuuunnnn. Sumpah cool giler.

Aku memang minat gila dengan alat music ni. Tapi tak reti main. Setakat rekoder, kastenet dengan kerincing tiga segi tu aku reti la. Tu pon sebab benda tu termasuk dalam sillibus pendidikan sekolah rendah aku. Sekarang tak tau ada lagi ke tak.

Tapi betul sey. Sumpah cool gila. Muka masing-masing tak hensem mane pon. Biase-biase jek. Tapi diorang dressing selambe jek. Pakai t-shirt ironmaiden lusuh, seluar jeans koyak lutut, pastu datang-datang jek port kat tepi lorong bukak gitar case dan main lagu "Kau Ilhamku" dari Manbai. Perghhh. Cool giler. Kalau ada orang lalu lalang yang baik hati, dapat la singgit dua orang campak dalam gitar case tadi.

Sebenarnya dari dulu lagi guwa dah pasang nawaitu nak belajar main gitar. Cuma masa dan peralatan jek yang x de. Sejak dari hari tuh, makin bertambah kuat la nawaitu guwa nak belajar main gitar. Aku terus start pasang niat sebelum membina masjid (kahwin), aku mesti dah pandai main gitar. Skang nih trend kenduri kawin mesti ada DJ pasang karaoke lagu lama-lama. Time aku nanti aku x nak semua tu. Itu semua pesen lame. Hahahaha...

Aku x nak tiru orang. Aku ada cara aku sendiri.

Nanti masa kenduri kawen aku, lepas bersanding kan biasenya pengantin akan pergi makan biadap beradab. Lepas makan beradab tuh, pengantin biasenye akan pergi balek ke pelamin untuk sesi bergambar bersame fotogeraper. Time ni la aku akan rembat gitar same mic. Aku akan dedicate kan satu lagu untuk bakal isteri aku nanti.

Pastu at the same time, akan ada satu projektor yang akan mainkan slide show dan gambar-gambar setat dari aku mula berkenalan dengan bakal isteri aku sehinggalah kitorang sampai ke jinjang pelamin.

Bila aku abes nyanyi jek, para penonton yang terdiri dari makcik dan pakcik akan berdiri sambil tepuk tangan. Time tuh aku akan sarungkan cincin dan cium dahi bakal isteri aku.

MySpace Hohohoho....

Orang kata perkahwinan ni sekali seumur hidop. So x salah kan kalau aku nak buat something yang aku akan ingat sampai bila-bila?

Ceh, berangan x nak kalah...

Ok, kembali kepada tajuk asal kenapa aku nak sangat belajar main gitar.

Kalau korang nak tau, gitar ni boleh jadi sebagai satu medium untuk memikat hati awek-awek dan perempuan tau!!

Kalau la aku reti main gitar, aku akan bawak gitar tu kat tepi pantai petang-petang, duduk kat atas batu besar , pastu main gitar. Cool jek rasa. Terasa diri ni hensem sekejap. Lagi satu, kalau aku oandai main gitar, aku x nak la bukak band macam Spider ke, Ungu ke, Siti Nurhaliza ke. Nanti awek-awek sume pakat-pakat pandang vocalist jek. Tak adil sungguh. Rase terpinggir pulak dari pandangan para awek.

Jadi aku ingat aku nak bergerak secara solo macam Yuna, Zee Avi ke. Baru la itu awek pandang sama guwa.

(Yuna bukan Yun Nam)

Gitar ni bukan macam alat muzik lain. Gitar nih senang nak bawak kehulu kehilir. tak macam drum. Gile ke hape na pikul drum kehulu kehilir kt atas tengkuk. Tak sayang tengkuk, try la buat.

Kadang-kadang rasa jelez bila tengok brader rambut panjang, pikul beg gitar karen ibanez kat dalam LRT. Kelihatan sungguh cool dan maskulin.

Ok, aku nekad pasni aku nak belajar main gitar dengan lebih serius mase cuti semester nanti.

p/s: sape ade lobang-lobang jual gitar mura roger2 aku

Monday 19 September 2011

Budak-budak lomo diperlekehkan??? Fakk offff

Perasan tak, skrg ni dah mcm 1 dunia main kamera, especially DSLR.

Pergi shopping complex mana-mana, Mekdi ke Kepsi ke, akan sentiasa ada group yg menggantung kamera besar bagak tu kat leher atau bahu. Paling tak pun biar dlm beg.

Selain tu, tak kurang jugak group lain - LOMOgrapher.

Mereka ni guna kamera filem LOMO instead of DSLR bila outing, serta SLR, Rangefinder, kamera diorg mmg filem lah, bukan digital.

Kamera LOMO ni purpose dia memang simple, iaitu "Don't think, just shoot".

Maknenyer takde setting manual aperture segala bagai semua tuh. Just simply point & shoot camera. X yah pikir ape dah.

LOMO
ni mmg utk kita enjoy and have fun dlm mengambil gambar tanpa susah-susah fikir psl composition, exposure etc etc. Mmg la ada la certain model yg boleh di-tune setting nya, tapi artikel ni ckp psl kamera LOMO secara general.

So apa kes sebenarnya nih?

LOMO - Auto Point & Shoot camera
DSLR - Manual setting utk ambil gambar

So terdapat golongan DSLR yg bajet bagus ni, diorg cakap:

"LOMO just point n shoot, senang sgt nak ambil gambar, tak challenging mcm guna DSLR. Tgk cam aku guner DSLR, bru la challenging"

Fakk off. Eh mangkuk, sukati dia lah nak pakai kamera apa, duit dia. Kau tu siapa nak kondem org? Kau igt kaw tuh bagus sangat ker??

And just because kau guna DSLR yg memerlukan manual setting yg kononnya lebih mencabar utk ambil gambar, kau rasa diri kau hebat? Sorry la derrr.

Photographer ialah golongan yg mengambil gambar.
Takde sapa menetapkan orang tu guna DSLR baru boleh digelar photographer.

So as long as kita ada kamera, x kesah la handphone, compact, film, SLR/DSLR dan kita enjoy ambil gambar, cukuplah. Buat apa nak membeza-bezakan darjat kalau dah punya hobi yg sama?

Aku nak bg sampel 1 situasi - LOMO vs DSLR.

Katekanlah depan mata tgh ada 1 moment best.

LOMO is a point n shoot camera, so just point dan shootlah gambar.

Budak DSLR lak yg konon hebat sgt dgn manual setting tu, duk buang masa usik setting shutter speed, aperture, ISO utk metering, tau-tau moment dah berlalu. Padan muke korang.

Sapa hebat skrg? Of coz la yg dpt gambar, iaitu budak LOMO.

So takyah la nak kerek-kerek. Yg penting ialah hasilnye, iaitu gambar.
Bangga sgt ada manual setting tapi tak dpt ambil gambar, baik takyah.

So kita ni punya minat yg sama - photography - seni mengambil gambar.
ta payah la nak berpuak-puak sgt, sampai budak-budak digital bergaduh dgn budak-budak filem. Ape celoppp (terpengaruh ngn filem Hantu Bonceng)

Just keluar outing ramai-ramai, enjoy, snap je gambar pemandangan, amoi, awek etc etc, and have fun!

Majulah photography utk negara!!!!

Friday 16 September 2011

Test, test dan test lagi

Assalamualaikum dan konnichiwa kepade sumer followers2 kuh... (uhuk uhuk... sampai terbatuk-batuk aku masuk blog aku ni) Peh... Nampaknyer guwa da bole meniage bisnes vacum nih... Memandangkan blog guwa sendiri penuh dengan habuk dan bakteria...

Seperti yang korang semua tau, life aku sekarang tersangatlah bizi, sibuk, takde mase, dan macam-macam lagi alasan... So that's why la aku semakin jarang-jarang hapdet blog yang serba kekurangan nih... Dalam minggu nih aje, guwa terpakse berhadapan dengan 3 test!!!!  Peh... Berturut pulak tuh... Selalu jugak guwa dengar kawan2 guwa mengeluh tentang test nih...

(asek test jek... aku da penat meniru nih)
timun-(bukan name sebenar)

 Sebenarnyer aku pon ader jugak tiru dalam test nih... Tipu la kalau seseorang tuh x pernah meniru dalam hidup die... Bak kate guwa, " Don't try to be too perfect... Kasi can diri tuh buad salah.. Baru la hidup korang penuh dengan pengalaman suka dan duka..."

 Penat la guwa na taip panjang-panjang... len kali guwa hapdet lagi ah.... Insyaallah pas guwa bebas dari ancamam test..

p/s: pendek giler entry guwa kali nih...

Friday 5 August 2011

video lawak KL Gangster

bwahaha.... berguling2 aku tgk video parody nih... da la watak utame video nih muke pon cam aaron aziz... heeee~ video nih dibuat oleh Aman Wan ngn kengkawan die....
cakap bnyk x gune.. korng tgk la sndri... enjoy~

 (iKLan Gangster)

p/s: pasnih na update psl wishlist tercapai~

Wednesday 13 July 2011

LOMO??? Apekah????

assalamualaikum... Pe kabo wahai folower2 kuh sumer.... guwa na mintak sori sebab da lame x hapdet ini blog... jari putus tersepit spoket moto... Cmner na tulis entry... Bole x bagi alasan cmtuh??

la ni aku na criter skit pasal minat terlatest aku.... LOMOGERAPI atawpon bahase mat saleh laknatullahnyer, LOMOGRAPHY.... ape itu lomography??? kalu angpa sumer na taw ape tuh lomography, ce try tny pakcik gugel nih... rase2nyer die bule jwb kot~



aku setat minat lomography nih biler mase ketikanyer aku tgk mmber aku 2 org nih dpt amik gmbr lawa2 guner kamera nih.. memule aku mmg pndang sebelah mate jek pade kamera nih... ye la kan.. stakat kamera plastik cmtuh, ape je yg ader.. ni 2 orang mmber aku yg menyebabkan aku minat lomogerapi nih... ayark dan azam...

tapi setelah mengusha ape itu lomography, baru guwa taw kebolehan kamera yg nampak cikai nih... gmbr yg dihasilkan amatlah superb pade pandangan guwa... mmg la ader org cakap, "wei jijul, wtper ko bazir duit na bli mnde tuh?? kaw edit gmbr guner photoscape pon da bole jd lomo ape"- insan jeles.. adoii, memang la kalu ko edit gmbr tu bole jd cam lomo, tp x original la gmbr tuh... tuh da kire gmbr ASPAL (asli tapi palsu).. x der nilai lomo pd gmbr tuh... (pergh ayt~)

kt sini plk aku na snaraikan beberape kamera lomogerapi yg aku taw..

Holga 120 GCFN

Superheadz Blackbird Fly

Lubitel 166+

Polaroid Land Camera 800

Mini Diana (dalam simpanan aku, pnjam mber dulu)

Holga 135bc
(in my wishlist)
Credit to: ROFLCAM
tu la camera lomo yg guwa taw stkat nih.. tp sebenarnye, ader bnyk lagi camera lomo nih... angpa sumer cube la try carik kt pakcik gugel td...

maybe x lame lagi guwa akn mengambil Holga 135bc nih sbgai isteri pertame guwa. kehkehkeh... nnt guwa akn try upload hasil pertame guwa gunerkan mini diana mmber guwa... guwa pon tataw gmbrnyer akn jd cmner~

so, stakat nih jek la guwa hapdet entry.. ader mase guwa hapdet new setori...

p/s: ader cper2 x na pnuhi wishlist guwa??? kehkehkeh

Monday 27 June 2011

Hidup Dan Jamban

Pergh.... Bersawang abes aku pny blog. Da braper kurun agknyer aku tinggalkn blog aku nih tanpe sebarang hapdet. maklumla, skang aku bizi bekerja mencari nafkah anak bini. kehkehkeh.. aku skang bizi keje kat 2N shop. taw x 2N shop tuh hape??? kalau x taw, google la sndri. Malas na tunjuk.. kehkehkeh...

La ni, aku nk citer skit pasal idop kite sumer nih. bru aku sedar, idop kiter ni lebey kurng cam jamban. Korng jangan gelak plk. Aku ckp btul nih. Kalau korng x caye, bace nih...


REALITI HIDUP

Hidup kita ni ibarat sebuah jamban...


Sebuah jamban biasa, bergantung kepada pandangan orang lain...


Buruk pandangan orang, buruk lah jadi nya...


Setiap hari akan ada orang yang datang meminta secebis pertolongan...


Jamban berbakti dengan cara menadah tahi serta kencingnya...


Terpulang kepada jasa baik orang itu sama ada mahu berbakti semula dengan cara membersihkannya kembali atau sekadar membiarkannya kelihatan keji dan hina...


Setiap jamban berlainan sama sekali kerana ada jamban yang murah dan ada jamban yang mahal...


Kebanyakan dari kita lebih cenderung untuk memilih jamban yang mahal...


Jamban yang murah akan berterusan dipinggirkan...


Melainkan jamban yang mahal sudah penuh, barulah jamban yang murah akan dipandang sebelah mata...


Ada juga jamban yang bertutup secara sepenuhnya dan ada jamban yang hanya bertutup separuh...


Sudah pasti jamban yang bertutup penuh akan kelihatan sempurna...


Tapi, mengapa ada yang tetap memilih jamban yang bertutup separuh?


Terdesak? Ya, mungkin...


Atau sekadar untuk memanaskan punggung sebelum beralih ke jamban yang lebih baik...


Jamban yang tidak mempunyai air akan dipandang keji, sekalipun pernah berkhidmat dengan cemerlang semasa air nya masih ada...


Sebab itu lah, nasib jamban dan manusia tidak banyak beza nya... Buat baik macam mana sekalipun, belum tentu akan dibalas baik...

Renung2kan, dan selamat beramal....

p/s: sory lame x hapdet

Friday 20 May 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Arinih aku rase macam nk tulis dedahkan kt korng antara alasan2 tipikal wanita yang enggan mnutup aurat nih. Zaman skang nih, aku peratikan, ramai wanita da x kesah tentang aurat nih. Ader yang pkai tudung tp pkai t-shirt lengan pendek. wadefak la orang cmnih.

Ni pulak antara alasan diorang dan jawapan yg seswai bg kt dorng:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 


p/s: cakap pon x gune, tembak pon x kena... renung2kn dan selamat beramal...
hehehhe

Tuesday 17 May 2011

Meraikan Follower Yang Ke- 100!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum, konichiwa, salam satu malaysia kepade sumer reader2 blog aku. Arinih aku rase hepi sangat sebab pade hari nih blog aku yang serba kekurangan nih telah mempunyai follower yg ke-100!!!!!

(efek bunge api ckit)

Aku memang tak sangke blog aku yg simple nih bole capai follower 100 (mcm bnyk jek). Aku berterima kasih sangat kt korang yg sentiase beri aku semangat nk blogging nih. biler makin ramai follower aku, makin semangat la aku nk blogging. Ni plak adelah follower aku yang ke-100 yang sangat bertuah.

(Tahniah)

Kalau korang nk kenal die lebih dekat, ni blog die. korang bole la folow blog die gak. Tapi lepas folow blog aku la. Hehehehe.


Kepade semua pembace blog aku, x kire la haters ke, suppoters ke, thanks banyak-banyak sebab banyak bagi sokongan kt aku. Insyaallah entry macam nih akan dibuat untuk follower yang ke-200.

LOVE U ALL!!!!!!!!!!

p/s: lame giler x hapdet~

Saturday 7 May 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Sekali lagi, blogger terkenal ben ashaari buat satu lagi gegar menggegar blog....


kali nih, bliau cumer nk seribu blogger jek... korang sumer bole join... cepat!!!!
Nak join klik SINI

Wednesday 13 April 2011

Diterima Masuk Ke UBM!!!!! Alhamdulillah....


Nama: Azizul Aziz


Nama blog: Mimpi Atau Realiti


Start blogging: Baru 2 buln.. start buln febuari...


Pandangan tentang dunia blog: Skang nih da bnyk munculnye blog2 baru. Kalau dulu, blog nih digunakan untuk promosi barang2 jualan jek. Tapi skang blog2 baru muncul macam tumbuhnye cendawan lepas ujan. Ini satu petande yg rakyat malaysia semakin maju dalam bidang IT.


Pandangan mengenai IPTM: pade aku, IPTM cmnih bagus. Ni adelah IPTM pertame yg aku jumper. Dengan adenyer IPTM cmnih, dapat mengeratkan lagi hubungan antara blogger2 di seluruh maalaysia dan juge mungkin blogger yg berada di luar negara. Smoge IPTM nih diiktiraf. Hehehe..

Saturday 9 April 2011

MOVIE GANTZ

Waktu malam adelah waktu dimane semua umat manusia sedang sebok merehatkan diri masing-masing setelah berhempas pulas bekerja pada siang hari. Malahan, bukan hanya umat manusia saje yg berehat di waktu malam, golongan haiwan juge berehat di waktu malam. Burung-burung yang kluar mencari makanan untuk anak2 yg kebulur, sudah pulang ke sarang masing-masing. Semut-semut yang pagi tadi berhempas pulas memikul butiran2 gula, dah boleh menghela nafas lega sambil mengurut –ngurut lega dada mereka walaopon pade hakikatnya mereka tiada dada. Ok, itu intro aku untuk entry kali nih (x der kene mengena langsung ngn entry).

Mase aku tgh sebok rilek-rilek kat uma, anset aku bunyi.

Treeet   Treeet…..

Terpampang name Bali, mmber baik aku.

“Jol, jom g Square One. Aku bosn la kt uma. Igtkn nk g karoke jp”

aku pon berkate dalam ati, “ceh si tua nih, mcm taw2 jek aku da ader kt uma”

Aku pon balas, ”Ok set. Kol 9.00 jmpe kt sane”

MESSAGE SENT

*************************************************

Tepat kol 8.60, aku da terpacak tunggu die depan Square One. Memule kitorng g karoke. Habis bantai 10 lagu kitorang nyanyi. Da puas melalak, kitorang bantai maen game arked plk. Peh, hilang segale masalah aku skjap biler lepak ngn die. Habis jek lepak ngn die, dalam kol 9.60, mmber keje aku kol aku plk. Die ajak tgk wayang plk. Beria-ria die ajk aku. sanggup offer nk blnje aku tgk wayang. Aku pon ape lagi, org da offer, aku sapu la. Bukan senang mmber2 nk blnje tgk wayang nih. Tah ape mimpi die nak belanje aku tgk wayang. Dapat hidayah agaknye.

Aku jumpe die dalam pukul 10.15. jumpe jek, lepak2 kedai mapley dulu. Agak-agak da bosan tgk muke mapley yang x cute tuh (da la senyum x der rupe lisa surihani) baru la kitorang gerak g bli tiket.. kitorang decide nk tgk citer GANTZ. Citer jepun.. Cambest jek. Muke masing-masing truje nk tgk wayang.

(Ni tiket wayang aku)

*************************************************************

Memule nk masuk wayang jek  macam-macam perkare jadi. Penjage tiket tuh siap tny umo aku brape. Ceh. Mentang -mentang la ketinggian aku x macam org umo 19 taon. Citer tuh da la PG13. Care tny aku bajet2 macam la aku nih budak umo 12 taon jek.  Bikin guwa down jek.

MySpace


Tapi, aku sedar sesungguhnyer aku kelihatan mude. Sebab tuh die tgk aku macam umo 12 taun jek. Upenyer aku nie awet mude. 
MySpace

Masuk panggung jek, da x jumpe pulak seat yg mane. Ceh. Seb bek setelah puas merabe-rabe seat, jumpe pon akhirnya. Nsib bek la citer GANTZ tuh best.. Nih la citer yang aku tgk.

(best weyh)

Bagi aku citer nih best. Kalau rating 1 sampai 10, filem nih aku bagi rating 8. Citer nih mengisahkan tentang dua org jejake nih, Kato ngn Kei. Dorng nih sptutnyer da mati kene langgar ngn kereta api. Tp biler kene langgar, dorng secare otomatiknyer ter-participate dalam satu game nih. Game nih hanya untuk org2 yg da mati jek. Dorng diberi pluang untuk hidup. Tapi biler sampai satu mase, dorng aku dipanggil oleh si GANTZ nih untuk tolong die bunuh incik alien a.k.a makhluk asing (bukan pendatang asing)

Setiap incik alien yang dorng bunuh akan beri dorng mata (point). Point tuh dorng kene kumpol smpai 100 untuk mmbolehkan dorang bebas dari permainan tuh.untuk bunuh incik alien tuh pulak, dorng dibekalkan ngn satu suit yg super kewl. Sut tuh mnjadikan dorang kuat. Senjate dorng pon bergaye jugak.biler dorng setel kill incik alien tuh, dorng kembali ker dunia nyata blek. Biler ader alien baru jek, si GANTZ tuh akn panggil dorng untuk bunuh alien baru.  Perkare tuh akan trus berlanjutan sampai la dorng berjaye kumpol 100 point dan kluar dari game tuh.

Aku suker citer nih sebab:-
  1. Aku memang peminat citer jepun.
  2. Aku suker tgk suit die yg kewl tuh.
  3. Awek filem nih lawa.( ahahaha)
  4. Aku dah bace citer nih dalam versi manga. Sebab tuh aku tgk citer nih.
  5. Mmber aku yang blanje tgk citer nih.

Stop dulu entry kali nih. Aku nk g sambung praktis main gitar.

p/s: pasnih nk wat entry pasal gitar la plk.

MySpace

Sunday 3 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA

Walaopon keadaan internet kt asrama nih slow macam pigsnail a.k.a cipot khinzir, aku tetap nk join contest nih... Cambest jek....
Kepade blogger-blogger yang laen, moh la kiter join reramai.... Tempat terhad jek nih...
1000 blog jek.... Mase aku join jek da 600 blog msuk....
Nak join klik kat sini

Friday 18 March 2011

game budak-budak zaman dulu...

Da lame rasenyer x hapdet blog nih. Maklum la, asek tido bz manjang. Aku x nak bagi pelbagai alasan assignment melambak la, itu la, ini la. Aku x nk jd hypocracy. Cukupla aku katekan aku ader sedikit masalah ngn kehidupan aku. Tp, so far, aku dapat handle probs nih.

Ok, amende nk tulis ek??? Banyak mende nk citer ngan lu orang nih. Tapi x per. Kiter rilek-rilek dulu. Kayuh pelan-pelan. Mase masih lame lagi.


Zaman kanak-kanak adelah zaman yang paling best skali. Hari-hari bangun pagi, mandi makan pastu main. Malam ngaji, ulangkaji pastu tido. X der exam, x der report, x der assignment dan x der masalah cinta. Aduhai, rindunyer zaman kanak-kanak dulu....
MySpace


Arinih aku nk kongsi ngn korang sumer pasal game budak-budak zaman dulu. Kalau korang perasan, mainan budak-budak zaman sekarang lebih kepade indoor game. PS3,Xbox 360, Wii dan ape tah lagi. Aku x paham ape yang best maen mende alah tuh. Setakat maen sorang-sorang, ape tah bestnyer. Nanti biler korang da tua, cucu-cucu korang tny pasal permainan dulu-dulu, x kan korang nk jawab, " atok dulu main game PS3". Diorang pon tny ape yang best. Baru time tuh korang tergaru-garu nk menjawab. Baru korang realize x der faedah pon maen mende-mende cmtuh....

Kalau zaman aku buda-budak dulu, umo 8-9 taun da kluar masuk semak. Buat ape, cari spider la. Masing-masing da pegang kotak kaset sorang satu. Time tuh, memasing sibuk dok melilau kt celah-celah daun pandan sebab kat situ la port kegemaran spider.
Pastu agak-agak da petang ckit, dapat la dalam 2-3 ekor spider. then lage-lagekan spider tuh ngn spider member. Kalau ikutkan, memang la lage-lagekan binatang nih berdose. Tapi tuh zaman kecik-kecik lagi. Dosa pahala syurga neraka pon still samar-samar lagi.

Malam tuh biler balik uma, pas mandi ader aktiviti laen pulak. Laen pulak gamenyer. Kitorang adek beradik pakat kompol kt ruang tamu, amik pensil sorang satu ngn kertas sorang selai. aku x taw la korang maen ker x, tapi game dye lbih kurang cmnih la.
Memula buat table cm kat ats nih. Pastu korang bahagikan kpd beberape bahagian. Korang letak la nak kategori ape pon. Ikut kreativiti korang. pastu lat-ta-li-lat cper mule dlu. Contohnyer aku dapat 1st, aku akan pilih satu huruf, contohnyer huruf J. Pastu yg laen kene pnuhkan table tuh ngn perkataan yg bermule ngn huruf J. Kalau maen game cmnih, mesti akk aku yang menang sebab tahap kosa kate die tinggi. Agak-agak ar kn. Aku da la kecik lagi. Tapi cube kalau rematch skang, aku bg perkataan-perkataan extravaganza pny. J untuk Jason Mraz....

Game-game cmnih la yg bagus. Budak-budak dapat belajar bahase sambil bermaen. Selain drpd tuh, bole rapatkan hubungan antare adek beradik. Nnt biler korang da tua, biler cucu tny, baru la bule bukak game-game retro nih...

Biler da naik darjah 6, budak-budak sebok maen MONOPOLY pulak. Sebabkan mende tuh mahal, dorang maen SAIDINA. Tp aku ngn adek beradik x maen pon. Ye la, kecik2 ayh da x der. Tggal mak jek yg besarkan kitorng. X kn nk pakse mak blikn pulak. Kitorang adek beradik pakat kompol sorang singgit. Buat beli JUTARIA. Konsep die same jek macam MONOPOLY. Kene jual beli tanah. cumer kertasnyer nipis jek. Duit pon x lawa. peduli ape aku. Janji dapat maen.


Memori yang paling best adelah bile mane satu ari, pakcik aku join skali maen mende alah nih. Die jd banker.
Mak aku plak dok bersimpuh tgk gelagat kitorang adek beradik maen. Sumpah aku rindu giler zaman kanak-kanak aku.

************************************************

So, kalau korang nk cakap aku kecik-kecik dulu kuno sebab x der ps2, ps3, wii kejadah sumer-sumer tuh, x per. Aku senyum jek. 
MySpace

P/S: Mak aku terer giler maen brick game weyh. Sampai skang kitorang adek beradik x dapat kalahkan highscore die....

Saturday 5 March 2011

Ape bestnyer kedai mamak???

"MACHA! Teh tarik 1...."

Korang sumer mesti penah lalui mende nih kan. Saper saper yg biase lepak kat kedai mamak mesti biase dengan situasi kat atas. Budak-budak remaje skang lebih prefer lepak kat kedai mamak daripade lepak kat kedai melayu. Kalau aku pon, aku lagi suker lepak kat kedai mamak daripade kat kedai melayu.

Arinih aku nk story kt hangpa sumer pasal kedai mamak nih. Ramai orang dok kate kate pasai kedai mamak nih. Arinih aku nk kupas ckit pasal kedai mamak.

Biler cakap pasal kedai makan ader 2 je yang biase kite dengar, "roti canai ka tomyam" atau bahase lainnyer, "kedai mamak ka kedai melayu".

Kalau korang tanya kat aku, aku lagi prefer makan kat kedai mamak. (ni adelah pendapat aku sendiri, sila jangan blame aku nnt) Why????

1)Menu
Kalau korang peratikan, menu kat kedai mamak ni biasenyer simple dan murah. Roti canai, nasi lemak, nasi goreng. Bagi golongan mude remaje cam aku nih, aku lagi suker makan makanan yg cmnih kalau kluar lepak dengan member member. Simple dan murah.


Besenyer kalau kat kedai melayu, menu diorang lebih kepade makanan-makanan berat seperti tomyam, siakap 3 rasa, steambot. Bagi student yang macam aku, yang wallet sentiase nipis, kitorng lagi gemar makan roti canai same teh tarik. Roti canai RM 1.20 + teh tarik RM 1.20 =RM2.40. Ha, kan murah tuh. Yang paling penting cepat.

2)Masa
Yang nih paling penting. aku bukan nk kutuk kedai melayu. Tapi kalau hangpa tengok, hang datang kedai melayu, hang port satu meja, 15 minit kendian baru ader orang datang nk amik order. Tu pon selepas hang angkat tangan macam org giler sambil cakap, "Dik, order dik".

Kalau kedai mamak, hang datang je, blom sempat duduk lagi, mamak tuh da datang approach korang untuk amik order, "bos, minum apa?"

3) Sikap
Tang nih pon same. Kalau hang pegi kedai melayu, hang x bole nak melawak langsung. Orang yang amik order, masing-masing muker ketat. Cube la bawak-bawak senyum ckit. Hang tu kan pekerja. Jage la ckit ati kastemer. Aku datang nk bagi hang rezeki, bukan datang nk makan free jek.


Sangat berbeza dengan layanan kedai mamak. Ye, memang aku x nafikan, mamak tuh memang x comel. Kalau senyum pon, toksah harap la ader ruper Tiz Zaqyah, tapi atleast die senyum. Siap bole melawak lagi. Ha, camni la carenyer nk serve customer.

3)Talibesen (TV)
Yang nih aku kesah sangat. Bagi seorang kaki bola macam aku, lepak ngn kengkawan malam2 mesti la nk tengok bola kan. Kalau time ader match best ker, dorang siap tayang guner screen besar lagi. Kitorang tengok pon puas ati, selesa.


cuber la kalau korang pegi kat kedai-kedai melayu. Da la screen kecik, pastu dibantainya bukak cerita sembilu kasih (wadefak). Pulak tuh, biler dimintak tukar chanel, selambe jek cakap, "sory la bang, kedai kitorang x amik chanel sukan". Ah, memang terbaek~

4)Port/Lokasi
Kalau korang perasan, kalau dalam sederet bangunan tuh, port kedai ujung skali mesti kedai mamak.


Pasai apa, biasenyer kalau port hujung skali nih, kawasan tu besenyer besar dan luas. kalau hang tgk kedai orang melayu, besenyer kedai dorng ditengah-tengah antara deretan kedai. X strategik langung. Pulak tuh kadang-kadang, selang 2 3 bijik daripade kedai tu, ader pulak kedai moto. Memang kalau makan kat situ, siap dengan pakej asap moto la, (_ _!)

5)24 Jam
Kalau jenis yang tengah gado dengan awek, baru putus cinte ke, musti x bole tido. Kadang-kadang sampai kol 2 3 pagi. Layan perasaan katenyer. Kedai mamak ni mostly beroperasi 24 jam. Sebab tuh kalau aku bosan dok uma, capai kunci moto, trus lepak kedai 'mapley'. Ceria sikit ati aku biler tgk mamak nih senyum. kah kah kah....
(yang nih sampai 25 jam)
Kedai melayu pulak besenyer dorang beroperasi selame 12 jam jek. Alasannye, nk save duit gaji pekerja la. konon-konon memalam bute x der orang datang mkn. Nanti rugi pulak nanti.

Sebenarnye, banyak lagi mende-mende yang aku x sentuh pasal kedai mamak nih. Tu x masuk lagi pasal wifi, soal harge dan macam-macam lagi. Ader banyak lagi point2 yang aku terlepas pandang. Setiap mende ader baik buruknyer. Pape pon, sumer nih pendapat masing-masing.

Ok, stop untuk entry kali nih.

p/s: Aku suker lepak kedai mapley.

Thursday 3 March 2011

Pasar Malam Pesta

Petang yang indah. Sedang aku duduk-duduk sambil mengusap kepale kucing yg tah dari mane datang kt bilik aku nih, anset aku bunyik.

"Jol, jom g pasar malam petang nih"

Sambil melihat ketebalan wallet, aku pon balas mesej tuh.

"Orait, set. Kol 6 kite gerak."

treett.. treettt...

anset aku berbunyik

Wah, cepatnyer si tua nih balas mesej. Bela sake ke ape???

"Orait"

Aku pon mengambil inisiatif menurunkan kucing yg kat riba aku tuh. Dan bagaikan tidak bersetuju dengan tindakan aku, kucing tuh berusaha nak naek balek ke pangkuan aku. Nih x bole jadi nih. Aku campak-campak manje kucing tuh ketepi. Dengan muke yang bengang, beliau menjeling aku.

"X gune punyer tuan"

Dan bagaikan faham maksud beliau, aku secare spontannyer nk amik bantal untuk melempar ke arah beliau. Secepat kilat beliau berlari.

"X gune punye kucing. Perangai macam binatang"

"Memang binatang pon", die menjawab. keh keh keh....
sekadar gambar hiasan

Cilake...

***********************************

Kalau korng sumer nak tau, kt batu pahat nih ader banyak pasar malam. Setiap hari ader pasar malam. kalau hari-hari pergi, mau kopak beg duit nih. Yang ni plak jadual pasar mlm tuh.


Pasar Malam
  • Ahad: Taman Nira, Taman Sri Sulong
  • Isnin: Taman Bukit Pasir
  • Selasa: Simpang Enam, Kampung Bukit Putih, Kampung Istana, Taman Soga
  • Rabu: Taman Pantai, Taman Bukit Perdana
  • Khamis: Jalan Omar old Bus Station
  • Jumaat: Rengit, Taman Peri, Peserai
  • Sabtu: Pesta, Seri Gading

(peh, siap bagi jadual lagi)
Sampai jek kat pasar malam, mate aku da nampak macam-macam makanan. Peh, rasenyer da brape kurun aku x pegi pasar malam. Dengan berbekalkan wallet yg nipis lg tipis nih, aku pon ape lagi. Membeli belah di pasar malam.

Memule aku ngan member aku round keliling pasar malam tuh dulu. Kirenyer macam amik mood dulu la. Pastu, agak-agal da pnat round, baru la kitorng membeli.

Faveret aku kalu g pasar malam, aku mesti akan beli popia basah. korang tau x popia basah tu camne ghupe bentuknyer??? La. X taw ker??? Ape punyer kuno da. Ni ha. Aku bagi gambaran.

(sedap giler!!!!)


Nih plak antara snapshot yg aku amik kt pasar malam.

suker btol brader nih gmbr die kene amik...

 terbaek~


 candid...


 ramainyer org....


 sedap!!!!


 nih feveret aku gak....


*************************************

malas na membebel banyak... makan time...

p/s: bile la lagi dapat pegi

Sunday 27 February 2011

Insomnia

Berdasarkan tjuk pon korng msti da taw aku nk cakap pasal ape. Insomnia ni adelah sejenis menatang penyakit yg akan mnyebabkan pesakit sukar nk tido malam. Aku tulis entry pasal nih sebab aku rase aku da menghidap (mcm serius jek) penyakit nih.
peh, gile ah....

Korang pon musti taw betape seksenye klu x bole tido.. dengan kelas kol 8 pagi, assignment melambak, tetibe x bole tido plak... antare sebab2 org kene insomnia nih adelah, alcohol, stress, anxiety dan coffee. Setau aku, x penah plk aku teguk air kencing shaiton nih (arak). klu kopi tuh bese la.. Ptot la aku kene insomnia... Adoyyy...

Jadi, kalu da x bole tido tuh, terpakse la aku cube menyebokkan diri untuk melakukan sesuatu yg berpekdah.. slalunyer, aku akn meng-on9kan diri di fb akuh.. saje nk tgk, makhluk mner lg yg x tdo cam aku... ni plak antare makhluk yg x tdo lg...(semase entry ni ditulis).
ish, dorng pon insomnia cam aku gak ker???
ni sumer mmber aku nih...

Memandangkan aku da terkene pnyakit ni, aku pon pegi la cari care penyelesaian mende nih... salah satu care penyelesaian adelah jangan tdo siang.. ptotla.. aku nih golongn tdo siang... biler dipikir2kan blek, upernyer aku dilahirkn dgn sifat yg same mcm BATMAN (wadefak)....batman kan suker tdo siang ngn berjage malam...

jadi, pade korng sumer, jagnlah mengade-ngade nk tiru cam aku.., Konon2nye nk jd cam batman la... x payah.. bia aku sorng jek tru cam die...

p/s x sangke btul aku same ngn batman, korang jgn jeles taw...:p

Thursday 24 February 2011

Life At Asrama

POLITEKNIK PREMIER JOHOR BAHRU

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bahasa ape, korang jgn tanya aku. Dah cikgu BM aku ajar, kalu angin mesti sepoi-sepoi bahasa. Tu la liku-liku kehidupan aku skang. Kehidupan sebagai seorang pelajar politeknik. Kehidupan yang pnoh ngn assignmnt-assignmnt shilanat, peraturan-peraturan yg x masuk akal dan juge senior-senior (senior la sgt) yang kerek.
ni la lmbang poli akuh

Klu da blajar kt politeknik, musti la kene stay asrama kn... Siyesly, ni kali pertame aku dok kt asrama.. Mmg sebelum ni aku x der experience langsung dok kat asrama,.. Kirenyer bole diibaratkan bayi yg baru kenal dunie luar la..(eceh)
bru na mlihat dunie

Klu nak bercerite pasal asrama, mmg bnyk kisahnyer... Kebanyakkan story2 pasal asrama, musti ader kaitan ngn makhluk- makhluk laknatullah ni....(shaiton). Tp kat asrama la aku blajar beli kari berdikari... kt sini, makan da x bole suke2 da.. kene ikot bajet yg ader... kalu dulu, makan kt uma, anytime, anywhere jek mkn.. skang, nk kene tny wallet yg nipis nih, bole x makan.

Kadang-kadang, kalau time-time wallet rabak, makan megi jek.... Teringat plk abg sedare aku ckp, "klu ko da duduk asrama, x der wit, biler makan megi, da mcm makan nasi aym da die punyer lazat."
peh.. Skang bru la aku taw susah payah, pahit getir, dok asrama...

megi oh megi

Stop dulu entry pasal asrama nih.. aku nk masak megi kejap.. lapar la pulak...

p/s: org kate makan megi slalu, nnt rambot gugur... Tol ker???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...