Korang sumer mesti penah lalui mende nih kan. Saper saper yg biase lepak kat kedai mamak mesti biase dengan situasi kat atas. Budak-budak remaje skang lebih prefer lepak kat kedai mamak daripade lepak kat kedai melayu. Kalau aku pon, aku lagi suker lepak kat kedai mamak daripade kat kedai melayu.
Arinih aku nk story kt hangpa sumer pasal kedai mamak nih. Ramai orang dok kate kate pasai kedai mamak nih. Arinih aku nk kupas ckit pasal kedai mamak.
Biler cakap pasal kedai makan ader 2 je yang biase kite dengar, "roti canai ka tomyam" atau bahase lainnyer, "kedai mamak ka kedai melayu".
Kalau korang tanya kat aku, aku lagi prefer makan kat kedai mamak. (ni adelah pendapat aku sendiri, sila jangan blame aku nnt) Why????
1)Menu
Kalau korang peratikan, menu kat kedai mamak ni biasenyer simple dan murah. Roti canai, nasi lemak, nasi goreng. Bagi golongan mude remaje cam aku nih, aku lagi suker makan makanan yg cmnih kalau kluar lepak dengan member member. Simple dan murah.
Besenyer kalau kat kedai melayu, menu diorang lebih kepade makanan-makanan berat seperti tomyam, siakap 3 rasa, steambot. Bagi student yang macam aku, yang wallet sentiase nipis, kitorng lagi gemar makan roti canai same teh tarik. Roti canai RM 1.20 + teh tarik RM 1.20 =RM2.40. Ha, kan murah tuh. Yang paling penting cepat.
2)Masa
Yang nih paling penting. aku bukan nk kutuk kedai melayu. Tapi kalau hangpa tengok, hang datang kedai melayu, hang port satu meja, 15 minit kendian baru ader orang datang nk amik order. Tu pon selepas hang angkat tangan macam org giler sambil cakap, "Dik, order dik".
Kalau kedai mamak, hang datang je, blom sempat duduk lagi, mamak tuh da datang approach korang untuk amik order, "bos, minum apa?"
3) Sikap
Tang nih pon same. Kalau hang pegi kedai melayu, hang x bole nak melawak langsung. Orang yang amik order, masing-masing muker ketat. Cube la bawak-bawak senyum ckit. Hang tu kan pekerja. Jage la ckit ati kastemer. Aku datang nk bagi hang rezeki, bukan datang nk makan free jek.
Sangat berbeza dengan layanan kedai mamak. Ye, memang aku x nafikan, mamak tuh memang x comel. Kalau senyum pon, toksah harap la ader ruper Tiz Zaqyah, tapi atleast die senyum. Siap bole melawak lagi. Ha, camni la carenyer nk serve customer.
3)Talibesen (TV)
Yang nih aku kesah sangat. Bagi seorang kaki bola macam aku, lepak ngn kengkawan malam2 mesti la nk tengok bola kan. Kalau time ader match best ker, dorang siap tayang guner screen besar lagi. Kitorang tengok pon puas ati, selesa.
cuber la kalau korang pegi kat kedai-kedai melayu. Da la screen kecik, pastu dibantainya bukak cerita sembilu kasih (wadefak). Pulak tuh, biler dimintak tukar chanel, selambe jek cakap, "sory la bang, kedai kitorang x amik chanel sukan". Ah, memang terbaek~
4)Port/Lokasi
Pasai apa, biasenyer kalau port hujung skali nih, kawasan tu besenyer besar dan luas. kalau hang tgk kedai orang melayu, besenyer kedai dorng ditengah-tengah antara deretan kedai. X strategik langung. Pulak tuh kadang-kadang, selang 2 3 bijik daripade kedai tu, ader pulak kedai moto. Memang kalau makan kat situ, siap dengan pakej asap moto la, (_ _!)
5)24 Jam
Kalau jenis yang tengah gado dengan awek, baru putus cinte ke, musti x bole tido. Kadang-kadang sampai kol 2 3 pagi. Layan perasaan katenyer. Kedai mamak ni mostly beroperasi 24 jam. Sebab tuh kalau aku bosan dok uma, capai kunci moto, trus lepak kedai 'mapley'. Ceria sikit ati aku biler tgk mamak nih senyum. kah kah kah....
(yang nih sampai 25 jam)
Kedai melayu pulak besenyer dorang beroperasi selame 12 jam jek. Alasannye, nk save duit gaji pekerja la. konon-konon memalam bute x der orang datang mkn. Nanti rugi pulak nanti.
Sebenarnye, banyak lagi mende-mende yang aku x sentuh pasal kedai mamak nih. Tu x masuk lagi pasal wifi, soal harge dan macam-macam lagi. Ader banyak lagi point2 yang aku terlepas pandang. Setiap mende ader baik buruknyer. Pape pon, sumer nih pendapat masing-masing.
Ok, stop untuk entry kali nih.
p/s: Aku suker lepak kedai mapley.
5 comments:
environment n banyak pilihan kut
dan juga tengok tukang ambil order yang memeningkan kepala
Rindu mamak...wahahahah kat kl susah dapat kedai mamak,penang banyak la...damn sedap nasi kandaq line clear
kalau kedai melayu boleh keluarkan mknan semurah dan mengenyangkan mcm roti canai mesti dorang bleh beat mamak..
haha,boleh kate betol jugak..tapi hebat mamak ni order takyah tulis..semua nak ingt je..biarpon satu meja 20 orang
izat tarmizi: nasi kandaq mamak penang mmg terbaek...
heidi shafiq: yup2.. kdai mlyu mknn brat2...
jaya jr: mamak itu hebat... nk tunjuk daye ingatan die bgus....
Post a Comment